Monday, April 5, 2010

HULU SELANGOR MENJADI REBUTAN PARTI POLITIK

SHAH ALAM, 4 April- Hulu Selangor menjadi rebutan parti politik apabila penyandang kawasan itu, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, meninggal akibat barah otak pada 25 Mac lepas. Penamaan calon pilihan raya ini akan di adakan pada 17 April dan pengundian ditetapkan pada 25 April depan.

Parti Pakatan Rakyat yakin dengan kemampuan parti tersebut di dalam mempertahankan kedudukan di kawasan itu. Tetapi, pilihan raya kecil bukanlah pengukur utama di dalam pemerintahan, pilihan raya umum yang menjadi ukuran di dalam memerintah negara ini.

Pada Mac 2008, Hulu Selangor telah di ambil alih oleh Pakatan Rakyat apabila Zainal Abidin menewaskan Timbalan President MIC Datuk G.Palanivel di dalam pilihan raya bagi kawasan itu dengan majoriti 198 undi.

Datuk Seri Najib berkata, calon yang akan di pertandingkan bagi merebut kawasan Hulu Selangor belum lagi di putuskan dan akan di putuskan pada 15 April nanti. Beliau juga akan mengadakan pertemuan tertutup bersama Barisan Nasional sebelum mengadakan lawatan rasmi ke luar negara.

Beliau juga yakin dengan penerimaan rakyat di Hulu Selangor yang semakin baik, dan akan di buktikan apabila tiba pilihan raya kecil itu nanti. Barisan Nasional akan lebih menitik beratkan tentang soal untuk menangani masalah rakyat dan berharap agar parti pembangkang tidak menimbulkan fitnah.

Selain itu, Datuk Seri Najib juga menolak spekulasi yang menyatakan bahawa Barisan Nasional akan kerap membuat tinjauan mesra apabila adanya pilihan raya kecil seperti itu. Beliau mengatakan bahawa Barisan nasional tahu apa tanggungjawab mereka dan tahu apa yang di perlukan bagi merebut kawasan Hulu Selangor. Beliau juga percaya rakyat sedar bahawa tidak semua perkara boleh di kawal, dan beliau akan akan melakukan yang terbaik apabila menjalankan tugas beliau di dalam memerintah negara.

SITI NABILA ISMAIL (2009845662)

No comments:

Post a Comment