Sunday, April 11, 2010

TERUSKAN TRADISI BARISAN UNTUK RAKYAT.(swing)


RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Kuasa slogan ini, bakal membawa Barisan Nasional untuk memegang kerusi parlimen di Hulu Selangor selepas bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, 71, meninggal dunia akibat barah otak. Berikutan hal ini, banyak suara-suara yang membidas untuk mencalonkan ahli MIC bagi mewakili pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pada 17 April.


Ini adalah kerana ramai yang dihantui dengan kekalahan yang pernah dilalui pada pilihanraya umum lepas. Maka, majoriti memihak kepada wakil UMNO untuk mewakili pilihanraya ini. Namun begitu, segala keputusan terletak di tangan Perdana Menteri kita, Y.A.B Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk memutuskan siapa yang akan bertanding. Ekoran hal ini, sistem penggiliran calon kerusi Parlimen harus diwujudkan bagi menjamin keadilan kepada semua pihak.

Rakyat juga merupakan nadi penggerak kepada pembentukan Negara. Maka, gerakan nadi dan hati mereka yang berupaya sebagai telunjuk siapakah yang akan mewakili pilihanraya itu nanti, sama ada UMNO, MIC atau MCA.


Apa jua keputusan, ia nya datang dari keputusan yang dibuat oleh Melayu sebagai kumpulan majoriti dengan 52 peratus, Cina dan India masing- masing dengan 26.3 peratus dan 19.3 peratus. Namun begitu, rakyat sekarang sudah mampu berfikir dan berdiri di atas kaki sendiri. Mereka bijak berpandangan dan menentukan siapakah yang layak dan tidak layak untuk menjadi khalifah untuk mereka.

Suatu hakikat yang tidak dapat disangkalkan, Barisan Nasional merupakan parti penggerak kepada kemajuan dan pembangunan yang tiada condongnya. Ia nya berterusan, memuncak dan bersama dengan kehebatan yang tiada tandingnya. Sebagai rakyat Malaysia, negara dan jiwa kita perlu diberi keutamaan dari segala yang ada.


Barisan Nasional membawa erti buat kehidupan melalui usaha dan sumbangan-sumbangan seperti menangani krisis ekonomi melalui dua pakej ransangan tepat bagi membantu rakyat Malaysia keluar dari kemelesetan ekonomi. Selain itu, perancangan yang dibuat kerajaan dalam mengambil kira pembangunan untuk semua kaum bagi mengekalkan keharmonian dalam Agenda Pembangunan Negara melalui Program Juara Rakyat.

Di samping itu, sokongan yang padu dari rakyat terhadap BN semakin menebal kerana banyak perkara yang dilakukan oleh pembangkang dan ini merapuhkan kepercayaan rakyat untuk memilih wakil rakyat buat mereka kerana wakil rakyat merupakan insan yang patut dicontohi dan menjaga kepentingan rakyat di sekeliling.


Strategi pembangkang iaitu ‘matlamat menghalalkan cara’ juga dilihat sebagai pembohongan ke atas rakyat. Apa yang dikesalkan, pihak pembangkang sentiasa mencari- cari identiti mereka dan berbuat kekacauan kerana kurangnya kewarasan dalam berfikiran. Rakyat bukan nya boneka yang tidak mampu bertindak sekiranya ada pihak yang memperbodohkan mereka kerana manusia sekarang sudah berupaya berfikir di luar kotak fikiran mereka.


Selain itu, Model Ekonomi Baru (MEB) bagi membebaskan golongan berpendapatan rendah yang mewakili hampir separuh tenaga kerja untuk menerima pendapatan tinggi menjelang 2020.


Najib juga sanggup meredah tiga kawasan di Kuala Lumpur bagi mendengar sendiri keluhan dan masalah masyarakat. Kesungguhan kerajaan juga dapat dilihat melalui enam bidang keberhasilan utama Negara (NKRA) iaitu mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam. Tidak dilupakan jasa-jasa anggota polis dan tentera yang dihargai dengan penyelarasan semula gaji oleh pihak kerajaan.


Najib juga mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China, melancarkan pelaburan Amanah Saham 1 Malaysia milik Permodalan Nasional Berhad, beliau merasmikan Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR), membentangkan Bajet 2010, Tidak cukup lagi, ISA juga dikaji dan pindaan terhadapnya dibentangkan. Dikuatkan lagi dengan perkhidmatan sektor awam yang melalui tranformasi bagi mempercepatkan perkhidmatan mereka dan berusaha membangunkan aplikasi membolehkan rakyat melakukan pelbagai urusan atas talian (online). Apatah lagi, kerajaan juga membuktikan bahawa kepimpinan di Malaysia semakin menyerlah. Menjadi keutamaan juga dalam menekankan sikap keamanan dan tidak campur tangan dalam urusan luar Negara bagi meneruskan dasar keamanan serantau dan sejagat melalui kerjasama dengan Negara asing.


Ini secara tidak lansung menjadikan Malaysia negara yang selamat dikunjungi dan terhindar dari serangan subversif. Yang terbaru, RM2 juta bagi mengatasi banjir di Kampung Sentosa. Ini selaras dengan prinsip dan mengapuhkan lagi kedudukan Barisan Nasional sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat.


Siapa yang layak untuk menduduki kerusi parlimen, sudah pasti nya Barisan Nasional yang sentiasa memikirkan kehendak fizikal dan nurani setiap jiwa yang berada di bawah pimpinan mereka.


Kerusi parlimen Hulu Selangor milik Barisan Nasional kerana parti ini lah sentimen rakyat dan Barisan seharusnya sentiasa menjaga kepentingan dan memenangi hati rakyat Malaysia tidak kira di mana. Melalui ini, tiada siapa pun akan merasakan diri mereka tercicir, terhina dan terpijak kerana kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.

DISEDIAKAN OLEH : HAZWANI HUSNA ZAINAL ABU 2009485286

No comments:

Post a Comment