Wednesday, April 21, 2010
Kerajaan BN sentiasa bela nasib rakyat : Muhyiddin (Swing)
Hulu Selangor - Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan menzalimi rakyatnya seperti yang digembar-gemburkan pihak pembangkang,kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata,kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN sentiasa membela nasib rakyat dan tidak mengetepikan kebajikan rakyat.
"Kalau ada pihak yang mengatakan kerajaan BN menzalimi rakyat seperti yang disebut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata kita tidak beri perhatian kepada nasib rakyat,adakah penduduk di Hulu Selangor ini mati tak makan," katanya ketika berucap di pada majlis Pemimpin Persama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Choh di sini semalam.
Muhyiddin berkata,Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti dirinya sering berkata bahawa kerajaan BN sentiasa membela nasib rakyat, tetapi apabila sudah menjadi pembangkang, Anwar berasa tertekan dan sanggup berkata apa sahaja.
"Waktu dia jadi Timbalan Perdana Menteri macam saya,dia berucap berapi-api tak sebut pun kerajaan BN zalim dalam ucapannya.dia kata BN bela rakyat, (sekarang ini) mungkin dia tertekan dengan masalah peribadinya, masalah mahkamahnya," katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, jika kerajaan BN menzalimi rakyatnya, sudah pasti akan berlaku kebuluran dan demonstrasi menentang kerajaan sperti di negara jiran. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment