Friday, April 2, 2010

PELUANG CERAH BN MENANG PARLIMEN HULU SELANGOR


Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak


Pilihan Raya Kecil Parlimen di kawsan Hulu Slenagor menjadi tanda tanya kepada semua rakayat siapakah yang akan menggantikan Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyandang jawatan sebelum ini. Beliau meninggal akibat barah otak.

Perdana Menteri dan juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berkata belaiu akan menggunakan denyut nadi rakyat untuk menilih calon yang sesuai bagi bertanding jawatan itu pada Pilihan Raya Parlimen itu nanti.

Tarikh bag penamaan calon dan juga pengundian akan menentukan siapakah yang layak untuk memimpin kawasan itu samada BN mahupun PKR. Oleh itu, tarikh telah pun ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang jatuh pada 17 April hari penamaan calon dan juga 25 April hari pengundiaan, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

BN perlu mencalonkan wakilnya unutk pilihan raya ini kerana peluang untuk menang adalah besar. Dengan seruan Perdana Menteri 1 Malaysia ini tidak mustahil unutk rakyat memilih calon BN sebagai pemimpin mereka.

Jika sebelum ini PKR yang memimpin Hulu Selangor tetapi tiada apa-apa perubahan yang dilakukan oelh PKR malah menimbulkan pelbagai isu-isu panas yang tidak sepatutnya berlaku kepada seorang pemimpin. Ini sudah jelas membuktikana bahawasanya PKR telah gagal di dalm pentadbiran.

BN tidak perlu khuatir ataupun rasa tergugat oleh kerana kawasan ini majoritinya adalah cina. Raykat kini sudah pandai menilai yang mana baik dan buruk untuk mereka jadikan pemimpin.


NIK NURUL AIN NIK OTHMAN
2009844182

1 comment: