Friday, April 2, 2010

SIAPAKAH CALON BN YANG LAYAK?(P094 HULU SELANGOR)







SELANGOR- Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pada 17 April, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada hari Jumaat. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas. Namun persoalannya, siapa yang paling layak menyandangnya didalam BN memandangkan ramai yang menjangkakan BN bakal memenanginya? MIC atau UMNO?




Ramai yang memberikan pandangan tentang calon BN di Hulu Selangor. Ada yang mahukan MIC, kerana mahu member peluang sekali lagi. Namun ada suara-suara sumbang mengatakan MIC tidak mungkin diberi peluang ekoran reputasi teruk MIC dikalangan masyarakat India. Samy Vellu sendiri awal-awal lagi telah menamakan calon nya, mengapa begitu awal?Sedangkan hari penamaan calon belum lagi berlaku dan ini jelas menunjukkan tiada lagi pemimpin lain di MIC yang layak bersuara selain Samy Vellu. Lantas ia menjadikan MIC tidak lagi relevan kepada masyarakat india, apa fungsinya?Sampai bilakah?




Seharusnya, sebagai sebuah parti yang menyatukan seluruh rakyat (MIC, MCA dan UMNO), BN tidak sepatutnya menekankan hak kepada satu parti sahaja, apa yang paling utama ialah hak dan suara rakyat di Hulu Selangor! Hal ini telah dijelaskan oleh Perdana Menteri kita sendiri di Bagan Pinang.




Rakyat di Hulu Selangor (P094) harus mengetahui siapa yang paling layak untuk dipilih. Persoalannya ialah siapakah dikalangan pemimpin dari Barisan Nasional?





















Disediakan oleh: Norena Bt. Abdul Karim Zamri 2009400786
* visual ini baru dimuat naik 5 APRIL 2010

No comments:

Post a Comment