Saturday, December 4, 2010

Friday, August 13, 2010

how does this works??? searching for some info..haha

Monday, April 26, 2010

perak map ( stesen TV China rakam dokumentari Perak)

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor

Spekulasi pilihan raya kecil membabitkan kerusi Parlimen Hulu Selangor sebenarnya sudah lama kedengaran, sejak pertengahan tahun lalu.
Oleh itu parti-parti utama dijangka memberikan perhatian khusus ke atas kerusi tersebut jika pilihan raya kecil diadakan, kemungkinan akhir April atau awal Mei.
Ahli Parlimennya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (gambar) dari PKR meninggal dunia semalam akibat barah otak.
Parti-parti politik belum bersedia untuk bercakap mengenai pilihan raya kecil yang ke-10 ini sejak selepas 8 Mac 2008 tetapi berdasarkan spekulasi sebelum ini nampaknya mereka sudah bersedia.
Misalnya Umno melancarkan program Juara Rakyatnya di kawasan Hulu Selangor dan beberapa minggu selepas itu Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pula turun padang dalam ceramah perdananya.
Pilihan raya kecil ini jika diadakan ia akan membabitkan kerusi Parlimen keempat.
Bahagian Parlimen yang menyaksikan pilihan raya kecil sebelum ini ialah Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.
Ketiga-tiganya dimenangi Pakatan Rakyat.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua janji pilihan raya ditunaikan, berikrar akan melaksanakannya sejurus pilihan raya berakhir Ahad ini.

berita ini bertujuan untuk keperluan pembelajaran subjek BRO 538

Saturday, April 24, 2010

PKR Mampu Kekalkan Pemerintahan di Hulu Selangor



Banyak pihak yang membuat percaturan tentang pilihan raya Hulu Selangor yang akan berlangsung tidak lama lagi. Adakah pemerintahan akan kekal dia bawah PKR atau akan beralih ke parti lain.

Pilihan raya kecil itu berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat barah otak .

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

BN telah menamakan Ketua Penerangannya P. Kamalanathan, 44, sebagai calonnya bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor yang ia tewas kepada PKR pada pilihan raya umum 2008.

PKR pula menamakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, 59, anak kelahiran Kelantan sebagai calonnya.

Selain BN dan PKR, dua orang calon Bebas sebelum ini telah menyatakan akan menawarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, iaitu bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor VS Chandran, 56, dan ahli perniagaan Johan Mohd Diah, 31.

Jika dilihat pilihanraya yang lepas, pada tahun 2008, mengikut laporan sebelum ini ada menyatakn bahawa PKR menang tipis hanya berikutan jumlah penduduk melayu yang lebih ramai daripada India, dikatakan punca kekalahan BN. Jika betul tanggapan ini, adakah BN akan kalah sekali lagi pada pilihanraya kali ini kerana menamakan calon berbangsa India juga.

Perbezaan bangsa tidak menjadi persoalan di sini kerana jumlah undian pada pilihanraya lepas tidak banyak beza. Penduduk mahukan pemimpin yang boleh membantu mereka dan membangunkan kawasan mereka. Keselesaan adalah perkara utama di dalam sesebuah kawasan dan pemerintah harus peka dengan masalah-masalah yang timbul di sekitar kawasan.

Kepercayaan adalah perkara yang paling penting dalam pilihanraya. Rakyat sudah semakin bijak membuat keputusan. Rakyat mahukan pemerintah yang boleh mengembalikan dan memberi kabaikan atau faedah kepada mereka. Tidak hairanlah kalau PKR menang pilihanraya Hulu Selangor kerana melihat kapada Pilihanraya Umum yang lepas, rakyat sudah mula hilang kepercayaan terhadap parti Barisan Nasional.

Wednesday, April 21, 2010

Kerajaan BN sentiasa bela nasib rakyat : Muhyiddin (Swing)



Hulu Selangor - Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan kerajaan menzalimi rakyatnya seperti yang digembar-gemburkan pihak pembangkang,kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata,kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN sentiasa membela nasib rakyat dan tidak mengetepikan kebajikan rakyat.

"Kalau ada pihak yang mengatakan kerajaan BN menzalimi rakyat seperti yang disebut Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata kita tidak beri perhatian kepada nasib rakyat,adakah penduduk di Hulu Selangor ini mati tak makan," katanya ketika berucap di pada majlis Pemimpin Persama Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Choh di sini semalam.

Muhyiddin berkata,Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti dirinya sering berkata bahawa kerajaan BN sentiasa membela nasib rakyat, tetapi apabila sudah menjadi pembangkang, Anwar berasa tertekan dan sanggup berkata apa sahaja.

"Waktu dia jadi Timbalan Perdana Menteri macam saya,dia berucap berapi-api tak sebut pun kerajaan BN zalim dalam ucapannya.dia kata BN bela rakyat, (sekarang ini) mungkin dia tertekan dengan masalah peribadinya, masalah mahkamahnya," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, jika kerajaan BN menzalimi rakyatnya, sudah pasti akan berlaku kebuluran dan demonstrasi menentang kerajaan sperti di negara jiran. - BERNAMA

Tuesday, April 20, 2010

TM Lancar HSDB (Temubual - Audio)



Nur Fatehah bt Mustapa

2009814436

mc23s4b

PKR Mampu Menang Di Hulu Selangor(SWING)

Setelah kematian penyandang kerusi parlimen P.94, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac yang lalu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh pilihanraya kecil (PRK) untuk menggantikan Datuk Zainal Abidin yang telah meninggal dunia akibat sakit barah otak pada 25 April ini.

Mengikut sejarah P.94 Parlimen Hulu Selangor, sebelum kematian penyandang kerusi tersebut dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), kerusi Hulu Selangor merupakan zon selamat bagi Barisan Nasional (BN) sejak tahun 1955 lagi dan pada pilihanraya Umum 2008 yang lepas, calon BN, Datuk G.Palanivel telah kalah dengan majoriti yang begitu tipis sekali, 198 undi.

Setelah tarikh pengundian ditetapkan pada 25 April dan hari penamaan calon pada 17 April 2010. PKR telah bergerak lebih awal dengan mengisytiharkan calon mereka, Datuk Zahid Ibrahim iaitu bekas Menteri semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, sebagai calon mereka untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi oleh mereka pada PRU ke- 12 yang lepas.

Tanggapan umum, sudah pasti rahsia besar Pakatan Rakyat boleh menang di parlimen pada PRU 2008 lalu adalah kombinasi isu-isu politik ketika itu dan disokong kuat oleh pengaruh peribadi calon Pakatan Rakyat, Dr. Zainal Abidin. Sebenarnya pengaruh isu politik hanya berupaya melonjak sokongan kira-kira 9,000 undi sahaja. Namun, sokongan peribadi kepada Allahyarham Dr. Zainal Abidin mampu menarik kira-kira 800 undi lagi. Atas jumlah undi inilah, Pakatan Rakyat menang di parlimen Hulu Selangor.

Sehubungan itu, peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya kecil nanti amat kuat bergantung pada calon yang boleh mengatasi pengaruh peribadi calon BN.Apa yang penting,Pakatan Rakyat sewajarnya rasional dan membuat pertimbangan tepat bagi memenangi hati pengundi. Keutamaannya hendaklah kepada calon yang terbaik pada perkiraan pengundi tempatan yang bersifat campuran kaum. Di samping itu, faktor pelengkap ke arah kemenangan pilihan raya kecil nanti adalah bergantung pada sejauh mana Pakatan Rakyat sebagai sebuah kerjasama politik yang menyaingi BN mampu mengolah gaya persembahan di pentas politik baru ini.

Bagi memenuhi nilai-nilai politik baru tersebut, medan pilihan raya kecil Hulu Selangor ini adalah peluang bagi Pakatan Rakyat membina keutuhan dan perpaduan dalaman, mempamerkan keupayaan jentera parti dan kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat hendaklah cepat menangani isu-isu rakyat. Sekali gus berlakunya kebersamaan pemimpin dengan rakyat bagi memenangi pilihan raya kecil ke-10 ini dan ia disifatkan sebagai satu perjuangan untuk memenangi hati rakyat.

PELUANG BESAR REBUT SEMULA TAKHTA

Pilihan raya kecil bahagian Hulu Selangor akan diadakan pada lewat April, berikutan dengan wakil PKR Dr Zainal Abidin Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Mac lau. Beliau 71, menghidap penyakit barah otak dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka di Jalan Cheras-Kajang.

Barisan Nasional(BN) dikatakan mempunyai peluang yang cerah kerana, jika dilihat sebelum ini kerajaan BN hanya tewas sebanyak 198 undi di situ pada Pilihan Raya Umum (PRU-12) lalu dan memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 6,167 undi. Bagaimanapun, BN mesti memberi tumpuan dan menunjukkan kesungguhan serta bekerja keras untuk mencapai kejayaan, sepertimana kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

BN meletakkan Muhammad Taib Muhammad untuk bertanding bagi jawatan tersebut disebabkan kekuatan yang beliau punyai sebagai bekas Menteri Besar Selangor. Manakala Samy Vellu dengan tegasnya berusaha untuk mendapatkan kerusi parlimen dengan meletakkan orang beliau,G. Palanivel untuk mendapatkan kawasan Hulu Selangor.

Di samping itu, sistem penggiliran calon bagi Barisan Nasional adalah perlu untuk mengelakkan perselisihan faham antara komponen parti BN. Beliau menambah calon dari UMNO dilihat dapat memenuhi kehendak pengundi yang mahukan calon dari kaum Melayu. Pemilihan calon di BN di Parlimen Hulu Selangor melibatkan UMNO, MCA dan MIC yang juga menguasai kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) dibawah Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam,Kuala Kubu Baru dan Batang Kali.

Kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 52.7 peratus, kaum Cina sebanyak 26.3 peratus dan India 19.3 peratus di Hulu Selangor. PKR yang telah menerajui tampuk pemerintahan sebelum ini, dilihat sebagai parti yang tidak melakukan perubahan dan hanya mencipta isu-isu sensasi melibatkan pemimpin kawasan ini. Ini menyebabkan kelemahan PKR yang mentadbir selama 2 tahun.


Sehubungan dengan itu, pilihan raya kecil di Hulu Selangor dilihat sebagai penilaian pengundi dalam memilih pucuk pimpinan yang mereka gemari. Sesuai dengan konsep 1 Malaysia, pemilihan calon yang seiring dengan matlamat itu boleh dijadikan kayu pengukur untuk melihat kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional. Suara rakyat bakal menentukan corak kepimpinan yang akan menerajui negara kita dalam memastikan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.


*Artikel ini hanya untuk keperluan kursus BRO 538: Radio and Television News.

CINTAHAILFI HAIL
2009835124

Monday, April 19, 2010

Saturday, April 17, 2010

Rakyat terus 'disuap'

Selangor adalah jantung atau nadi Ekonomi Malaysia. Rakyat negeri lain menjadikan Selangor pusat tumpuan bagi mencari, kerja, menuntut ilmu dan membina harta.Kini penduduk Hulu Selangor berhadapan dengan pilihan. Pilihan raya kecil Parlimen kerusi Hulu Selangor (P094) pada 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua calon Bebas.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas. Kawasan itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Setiap kali pilihan raya umum atau kecil, pemimpin Umno-BN akan menjadi makhluk yang paling pemurah, tawadhuk dan baik hati dalam dunia.Memang ketara sekali apabila dengan terang-terangan 'menyuap' penduduk kawasan Hulu Selangor dengan bermodalkan janji pembangunan. Janji dan suapan bagaikan mainan bagi Umno-BN. Tapi untuk melunaskan janji belum tentu lagi.

Buktinya, Seramai 67 bekas Peneroka Felda Sungai Buaya, dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor bangkit menuntut hak mereka yang dinafikan sejak 13 tahun lalu oleh Felda dan kerajaan BN di era Khir Toyo.

Dan kini, warga hulu Selangor sentiasa dilawat Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara jelas lagi sekali ingin menabur janji. Antara janji manis yang ditaburnya ialah

mengumumkan penubuhan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah di kawasan Hulu Selangor, peruntukan RM2 juta untuk penyelesaian masalah banjir di Kampung Sentosa, Batang Kali dan peruntukan RM100,000 untuk pembaikpulihan dan pembelian van jenazah Masjid Al-Sajdin, Kampung Sentosa.

Apakah Umno-BN merasakan bahawa 'fasa menyuap' yang mereka jalankan tahun demi tahun melalui taburan pembangunan ini mampu menawan hati rakyat di sebalik pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor selama dua tahun?

Rakyat harus membuka mata dan membuat penilaian yang betul.

Gambar Berkaitan " Hari Tanpa Beg Plastik "


(gambar ini diambil di 99 Speedmart Sek 7, Shah Alam)


(gambar ini diambil di 7e Sek 7, Shah Alam)


ATIELIA ZULKIFLI
2009880288

Monday, April 12, 2010

Academic View Of TV News Mahirah Shah Interviews Zubli Zainordin Part 6

Maisarah Shah: In what kind of approach and to what extend does both TV network make in order to achieve the clarity and newsworthiness in news presenting.

Zubli Zainordin: With regards to news presenting, TV stations provide training to reporters so that this kind of approach will move them to the furthest extend in order to achieve news clarity.

In addition, the Editorial do checking for news clarity purposes.

In terms of facts there is a practice of confirming with the source or relevant authorities.

I am sure RTM 1 and TV3 do all of the above.

However, there is a parting difference in terms of newsworthiness. As a privately owned TV station TV3 will go for scoops considering the competition this station pursues against rivals. While RTM 1 will proceed with exclusivity, since this station enjoys about an equal privilege as do BERNAMA.

Academic View Of TV News Mahirah Shah Interviews Zubli Zainordin Part 5

Mahirah Shah: Is there any specific duration given to reporters to finish news and if there are, what is the usual duration given?

Zubli Zainordin: Yes. Most definitely each reporter is given a duration to complete an assigned news task.

Surely this is the practice for both RTM 1 and TV3.

There are shifts for reporters in general. It is easier to categorize this into before and after the news airing.

Early mornings some reporters are already in the field. Shifts follow at noon and early evening. Perhaps, on time as in dateline or deadline, an hour before the reader of presenter greets the viewers.

When so, a reporter can give leads for non-vt news, or go live as stand-upper.

Else, reporters covering news after the airtime shall submit early the next day.

Academic View Of TV News Mahirah Shah Interviews Zubli Zainordin Part 4

Maisarah Shah: What are the obstruction and boundaries faced by them in producing TV news programmes?

Zubli Zainordin: Basically the boundaries have been set. We are within the academic community worldwide and nationwide, are pretty informed about philosophy, laws, ethic, principles, rules, logic, and common sense.

However, within the industry, TV stations follow certain guides and procedures.

The Editorials are at ease and we are glad to know on a daily basis, there are no police reports lodge, and no individual or the media being summoned to court.

However, more apparently after the 12th General Election, we are witnessing the increase in the numbers of police reports, summons, memorandum submission to the Malaysian Anti Corruption Commission, Suhakam, and more.

Perhaps, to keep a motive intact, some individuals within the industry including the News Desk, have gone over-board, breaching the confine of such noble boundaries.

Pertaining to obstructions, I do not see RTM 1 or TV3 facing any external obstruction. What is internal is beyond me.

Nevertheless, if there is such an obstruction in Malaysia, we know that certain media have been obstructed from publishing.

Examples include Suara Keadilan, and Harakah Daily, where copies have been confiscated.

The Christian Herald, is another given stern warning for publishing "Kalimah Allah".

Apart from these, we have heard Bloggers being harassed. Raja Petra Kamaruddin is one. Aduka Teruna, and a few more.

As for RTM 1 and TV3, so far no such obstructions.

Academic View Of TV News Mahirah Shah Interviews Zubli Zainordin Part 3

Mahirah Shah: Based on high TV rating influence, what are the criteria for news selection in the newsroom that should be air?

Zubli Zainordin: The criteria of news selection in the newsroom that should be aired, based on high TV rating influence, begins with an understanding of what TV viewers are watching for.

Viewers of RTM 1, normally prefer to know what the government activities are, especially the ministries are doing that benefit them and the areas of their locality.

Viewers of TV3, normally prefer to know what are new that can informatively be news of the day.

Like other TV stations, news selection at both RTM 1 and TV3, shall be geared toward serving the viewers as top priority.

Nevertheless this is not always so.

Even though the Editorials know what the audience wants, the criteria for news selection are open to the dictates of the power that be.

As for RTM 1, the political masters.

As for TV3, sponsors and advertisers, the usual potentates.

Other criteria include what is the main event of the day, leadership, issues, and more. The listing of line-up is based on priorities of what are important and urgent.

Academic View Of TV News Mahirah Shah Interviews Zubli Zainordin Part 2

Mahirah Shah: Based on the breaking news highlighted, is there any effect on the ratings of the viewer on the TV network.

Zubli Zainordin: Yes. Even though ratings for both RTM 1 and TV3 are on the decrease, there are loyalists.

These loyalists make-up a large portion of the ratings pie.

Surely the breaking news highlighted has effects on the ratings of viewers for both RTM 1 and TV3.

Credit shall be given to RTM 1 because of the well-being of this station having huge huwmen-power, machinery, and money.

While credit is also given to TV3 for this station's wisdom in obtaining news from official as well as independent stringers.

Thus, the ample news coverage in terms of quality as well as quantity, presented as the breaking news highlighted, which has effects on the ratings of viewers for these TV stations.

Sunday, April 11, 2010

Academic View Of TV News Mahirah Shah Interviews Zubli Zainordin Part 1











Mahirah Shah



Mahirah Shah: Mr Zubli Zainordin, what is the breaking news highlighted that determine the credibility of the program in both TV news programs.

Zubli Zainordin: Credibility, and specifically News Credibility belongs to the audience. For this purpose, TV viewers acknowledge as to whether the news credibility, presented by the station, is so or otherwise.

To me the determinant is not what the station claims, or the breaking news highlighted, but what the viewers acknowledges in terms of accuracy, fairness, and other news virtues.

From an academic standpoint, observing from outside the news premises, the news credibility of both Buletin Utama (TV3), and Berita Jam 8 (RTM 1), has been questionable by the viewing audience.

As RTM 1 is under the relevant Ministry, the station has remained the voice-piece of the ruling government. Thus, one-sided since.

The emergence of TV3, provided an alternative to RTM 1, as the news source. Although to a certain extend TV3 is pro-government, however there is room for this station to be different in news contents selection. A good example is the award-winning reporter, Karim Singh Walia, who is quite famous in exposing inefficient authorities related to the public environmental concerns.

I remember once, the STMB Chief, did mentioned that the Minister is said to be a Minister of RTM rather than Minister of Information.

So, the TV viewers has long considered RTM 1 as not credible. More tuned in to TV3 for news that provides more gratifications.

History repeats itself. What happened to RTM, happened to TV3 with the emergence of the new alternative media via the Internet.

As ratings decreases for RTM long ago, TV3 is experiencing the same since the 12th General Election.

We see within the viewing audience, several calls to boycott TV3. One of the reasons, they consider this station not credible, especially fairness in news coverage.

TERUSKAN TRADISI BARISAN UNTUK RAKYAT.(swing)


RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Kuasa slogan ini, bakal membawa Barisan Nasional untuk memegang kerusi parlimen di Hulu Selangor selepas bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad, 71, meninggal dunia akibat barah otak. Berikutan hal ini, banyak suara-suara yang membidas untuk mencalonkan ahli MIC bagi mewakili pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan diadakan pada 25 April manakala penamaan calon pada 17 April.


Ini adalah kerana ramai yang dihantui dengan kekalahan yang pernah dilalui pada pilihanraya umum lepas. Maka, majoriti memihak kepada wakil UMNO untuk mewakili pilihanraya ini. Namun begitu, segala keputusan terletak di tangan Perdana Menteri kita, Y.A.B Dato’ Sri Najib Tun Razak untuk memutuskan siapa yang akan bertanding. Ekoran hal ini, sistem penggiliran calon kerusi Parlimen harus diwujudkan bagi menjamin keadilan kepada semua pihak.

Rakyat juga merupakan nadi penggerak kepada pembentukan Negara. Maka, gerakan nadi dan hati mereka yang berupaya sebagai telunjuk siapakah yang akan mewakili pilihanraya itu nanti, sama ada UMNO, MIC atau MCA.


Apa jua keputusan, ia nya datang dari keputusan yang dibuat oleh Melayu sebagai kumpulan majoriti dengan 52 peratus, Cina dan India masing- masing dengan 26.3 peratus dan 19.3 peratus. Namun begitu, rakyat sekarang sudah mampu berfikir dan berdiri di atas kaki sendiri. Mereka bijak berpandangan dan menentukan siapakah yang layak dan tidak layak untuk menjadi khalifah untuk mereka.

Suatu hakikat yang tidak dapat disangkalkan, Barisan Nasional merupakan parti penggerak kepada kemajuan dan pembangunan yang tiada condongnya. Ia nya berterusan, memuncak dan bersama dengan kehebatan yang tiada tandingnya. Sebagai rakyat Malaysia, negara dan jiwa kita perlu diberi keutamaan dari segala yang ada.


Barisan Nasional membawa erti buat kehidupan melalui usaha dan sumbangan-sumbangan seperti menangani krisis ekonomi melalui dua pakej ransangan tepat bagi membantu rakyat Malaysia keluar dari kemelesetan ekonomi. Selain itu, perancangan yang dibuat kerajaan dalam mengambil kira pembangunan untuk semua kaum bagi mengekalkan keharmonian dalam Agenda Pembangunan Negara melalui Program Juara Rakyat.

Di samping itu, sokongan yang padu dari rakyat terhadap BN semakin menebal kerana banyak perkara yang dilakukan oleh pembangkang dan ini merapuhkan kepercayaan rakyat untuk memilih wakil rakyat buat mereka kerana wakil rakyat merupakan insan yang patut dicontohi dan menjaga kepentingan rakyat di sekeliling.


Strategi pembangkang iaitu ‘matlamat menghalalkan cara’ juga dilihat sebagai pembohongan ke atas rakyat. Apa yang dikesalkan, pihak pembangkang sentiasa mencari- cari identiti mereka dan berbuat kekacauan kerana kurangnya kewarasan dalam berfikiran. Rakyat bukan nya boneka yang tidak mampu bertindak sekiranya ada pihak yang memperbodohkan mereka kerana manusia sekarang sudah berupaya berfikir di luar kotak fikiran mereka.


Selain itu, Model Ekonomi Baru (MEB) bagi membebaskan golongan berpendapatan rendah yang mewakili hampir separuh tenaga kerja untuk menerima pendapatan tinggi menjelang 2020.


Najib juga sanggup meredah tiga kawasan di Kuala Lumpur bagi mendengar sendiri keluhan dan masalah masyarakat. Kesungguhan kerajaan juga dapat dilihat melalui enam bidang keberhasilan utama Negara (NKRA) iaitu mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam. Tidak dilupakan jasa-jasa anggota polis dan tentera yang dihargai dengan penyelarasan semula gaji oleh pihak kerajaan.


Najib juga mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China, melancarkan pelaburan Amanah Saham 1 Malaysia milik Permodalan Nasional Berhad, beliau merasmikan Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR), membentangkan Bajet 2010, Tidak cukup lagi, ISA juga dikaji dan pindaan terhadapnya dibentangkan. Dikuatkan lagi dengan perkhidmatan sektor awam yang melalui tranformasi bagi mempercepatkan perkhidmatan mereka dan berusaha membangunkan aplikasi membolehkan rakyat melakukan pelbagai urusan atas talian (online). Apatah lagi, kerajaan juga membuktikan bahawa kepimpinan di Malaysia semakin menyerlah. Menjadi keutamaan juga dalam menekankan sikap keamanan dan tidak campur tangan dalam urusan luar Negara bagi meneruskan dasar keamanan serantau dan sejagat melalui kerjasama dengan Negara asing.


Ini secara tidak lansung menjadikan Malaysia negara yang selamat dikunjungi dan terhindar dari serangan subversif. Yang terbaru, RM2 juta bagi mengatasi banjir di Kampung Sentosa. Ini selaras dengan prinsip dan mengapuhkan lagi kedudukan Barisan Nasional sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat.


Siapa yang layak untuk menduduki kerusi parlimen, sudah pasti nya Barisan Nasional yang sentiasa memikirkan kehendak fizikal dan nurani setiap jiwa yang berada di bawah pimpinan mereka.


Kerusi parlimen Hulu Selangor milik Barisan Nasional kerana parti ini lah sentimen rakyat dan Barisan seharusnya sentiasa menjaga kepentingan dan memenangi hati rakyat Malaysia tidak kira di mana. Melalui ini, tiada siapa pun akan merasakan diri mereka tercicir, terhina dan terpijak kerana kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya.

DISEDIAKAN OLEH : HAZWANI HUSNA ZAINAL ABU 2009485286

Saturday, April 10, 2010

HULU SELANGOR MENJADI REBUTAN BN DAN PKR(SWING)








Antara bakal calon-calon MIC di P94 Hulu Selangor

SELANGOR, 10 APRIL - Barisan Nasional (BN) akan terus bekerja keras bagi merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil kawasan itu 25 April ini walaupun pembangkang mengakui sukar untuk mengekalkan kerusi tersebut.

Dalam menarik perhatian ramai, bukan sahaja sokongan pada kepimpinan nasional tetapi kesesuaian calon turut menjadi faktor. Kombinasi kedua-dua faktor sangat penting untuk tentukan kemenangan pada pilihan raya di Hulu Selangor ini.

Dalam usaha untuk merapas kembali kerusi Parlimen itu, Pergerakan Pemuda UMNO juga telah mengemukakan satu cadagan iaitu berharap calon yang akan bertanding mewakili Barisan Nasional BN, pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dipilih di kalangan mereka yang dapat diterima pengundi muda.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, faktor tersebut perlu diberi perhatian kerana kajian pergerakan itu mendapati pengundi muda di Hulu Selangor bakal menjadi faktor penentu kepada kejayaan BN untuk merampas kembali kawasan berkenaan dan berharap calon yang dipilih hendaklan mesra kepada semua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Konvensyen Barisan Nasional Selangor, dua hari lalu mengumumkan mengekalkan MIC bagi bertanding di kerusi Parlimen tersebut. Tetapi, persoalannya siapa calon bakal dipilih BN menjadi isu di kalangan pengundi muda? Pemuda UMNO dan BN akan memastikan kempen yang akan dijalankan nanti dapat mempengaruhi golongan iitu.

Kira-kira 68 peratus responden mengatakan mereka berpuas hati dengan prestasi Datuk Najib sebagai Perdana Menteri yang telah dijalankan oleh Merdeka Centre dengan pungutan pendapat dan persepsi orang ramai terhadap beliau. Menurut Najib, kerajaan masih mengambil sikap berhemat dan konservatif dalam membuat unjuran iaitu antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus dan mengambil langkah dan dasar yang sesuai untuk mencapai kadar kadar pertumbuhan yang lebih tinggi.

P94 disifatkan sebagai kerusi deposit BN di Selangor sehingga gagasan itu diketepikan dalam tsunami 2008.

Siapakah yang akan rebut Hulu Selangaor dalam Pilihan raya kecil pada 25 April ini setelah bermacam – macam cara yang dilakukan oleh setiap pihak? Adakah BN yang akan meranpas Hulu Selangor kembali atau PKR? Berikutan isu yang dihadapi oleh PKR.

Berikutan dengan wakil PKR Dr Zainal Abidin Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Mac lalu. Beliau 71, menghidap penyakit barah otak dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka di Jalan Cheras-Kajang dan Hal ini akan dipercepatkan lagi.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar meletakkan calon bukan Melayu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bagi memberi keadilan kepada semua kaum di kawasan tersebut.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, ini memandangkan dua daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam dan Batang Kali kini disandang pemimpin Melayu. Oleh itu adalah wajar jika kerusi Parlimen diwakili oleh pemimpin bukan Melayu di samping DUN Kuala Kubu Bharu memandangkan jumlah pengundi Melayu dan bukan Melayu adalah seimbang.

Konsep pembahagian kuasa yang diamalkan BN melambangkan pemerintahan yang adil berteraskan gagasan 1Malaysia. Mengenai peluang pada pilihan raya kecil tersebut dan yakin kemenangan akan berpihak kepada calon BN memandangkan rakyat semakin selesa dengan pentadbiran Kerajaan Pusat.

Selain itu, banyak permohonan penduduk di Parlimen Hulu Selangor diluluskan oleh Kerajaan Pusat seperti pembinaan jalan raya, bantuan membaiki rumah dan juga keperluan lain. Justeru dengan apa yang telah dilakukan, BN bukan sahaja menang di kerusi tersebut malah menang dengan majoriti yang agak selesa terutama peti undi di tanah rancangan Felda yang mempunyai 6,904 pengundi.

Jika pada 2008, calon BN menang dengan majoriti 1,100 undi di empat Felda itu, kali ini saya harap majoriti tersebut akan lebih baik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut mencabar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan calon berketurunan India bertanding di Parlimen Hulu Selangor.

Beliau berkata, Abdul Khalid perlu berbuat demikian bagi membuktikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai keberanian meletakkan calon daripada kaum minoriti seperti dilakukan oleh Barisan Nasional (BN). ''Puak PKR ini hanya pandai bercakap sahaja. Mereka sebenarnya tidak boleh buat seperti mana BN. Saya percaya dalam pilihan raya ini mereka tidak berani untuk meletakkan calon daripada kaum minoriti,'' katanya.

Abdul Khalid, menyerang gagasan 1Malaysia sepanjang kempen pilihan raya kecil itu adalah kerana didakwanya banyak kelemahan dan ditolak oleh rakyat. Tetapi kenyataannya adalah konsep 1Malaysia semakin diterima oleh rakyat negara ini termasuk generasi muda.

Dalam perkembangan lain, Khairy hairan melihat telatah kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang memberi pelbagai habuan kepada penduduk di kawasan Hulu Selangor.

Oleh yang demikian, Barisan Nasional dengan membekalkan semangat Satu Malaysia, kawasan Hulu Selangor sepatutnya dikembalikan semula kepada pihak Barisan Nasional. Propaganda Satu Malaysia seharusnya diadaptasikan dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan agar ia dapat diserap dan tersemat di hati kalangan masyarakat tempatan memandangkan kebanyakkan penduduk Hulu Selangor adalah berbangsa Cina.

Oleh yang demikian, dengan berbekalkan semangat Satu Malaysia yang dipegang oleh BN kami percaya, ia dapat membantu untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmoni dengan berbilang kaum.


*artikel ini hanyalah untuk keperluan kursus BRO 538 Radio and Television News.


NUR ALYANI BT MOHD SHUKRI 2009658786