Showing posts with label my name is lea by atielia zulkifli. Show all posts
Showing posts with label my name is lea by atielia zulkifli. Show all posts

Monday, April 5, 2010

Barisan Nasional (BN) Mempunyai Peluang Cerah Merampas Kerusi Parlimen Hulu Selangor

SHAH ALAM, 4 April: Spekulasi pilihan raya kecil membabitkan kerusi Parlimen Hulu Selangor sebenarnya sudah lama kedengaran, sejak pertengahan tahun lalu. Walaubagaimanapun, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak yakin, Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kali ini.

Ini kerana, kepincangan dalam pentadbiran kerajaan Selangor merupakan faktor utama yang boleh dijadikan pemangkin kepada kemenangan tersebut. Perkara ini boleh dilihat sejak pakatan pembangkang mengambil alih tampuk kepimpinan negeri Selangor, tiada sebarang pembangunan fizikal dilakukan sebaliknya hanya meneruskan pembangunan yang dibawa kerajaan BN.

Menurut kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan, pendedahan masalah dalaman kerajaan pakatan pembangkang oleh empat Ahli Parlimen Bebas iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zukifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) turut boleh menjadi faktor kepada kemenangan Barisan Nasional (BN).

Pendedahan itu merupakan aspek penting bagi pilihan raya kecil kali ini kerana ia memberi gambaran jelas kepada rakyat khususnya Parlimen Hulu Selangor terhadap kelemahan pembangkang memerintah sesebuah negeri.

Barisan Nasional(BN) dikatakan mempunyai peluang yang cerah kerana, jika dilihat sebelum ini kerajaan BN hanya tewas sebanyak 198 undi di situ pada Pilihan Raya Umum (PRU-12) lalu dan memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 6,167 undi. Bagaimanapun, BN mesti memberi tumpuan dan menunjukkan kesungguhan serta bekerja keras untuk mencapai kejayaan, sepertimana kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

Pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang menjadi isu hangat pada kali ini diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.

ATIELIA ZULKIFLI
2009880288

Tuesday, March 16, 2010

(Temuramah Audio) Wajarkah kempen "Hari Tanpa Beg Plastik" dilanjutkan kepada hari-hari biasa?

SHAH ALAM, 16 Mac: Kempen“Hari Tanpa Beg Plastik” yang diadakan pada setiap hari Sabtu di seluruh Selangor mungkin akan dilanjutkan kepada hari-hari biasa setelah kempen ini dilihat membawa kepada satu impak yang positif kepada anggota masyarakat.

Pengguna digalakkan membawa beg sendiri kerana beg plastik tidak akan dibekalkan kepada pengguna di kedai atau pasaraya yang mengambil bahagian dalam kempen ini.

Bagi mereka yang tidak membawa beg sendiri, bayaran 20 sen akan dikenakan ke atas setiap penggunaan beg plastik untuk mengurangkan pengunaan beg plastik. Bayaran itu akan disalurkan kepada tabung kebajikan di bawah tanggungjawab sosial syarikat.

“KerajaanNegeri sentiasa memandang berat terhadap pemeliharaan alam sekitar. Perkara ini hanya dapat dijayakan sekiranya setiap anggota masyarakat mengambil bahagian dalam usaha ini.”

“Oleh itu kami berharap pengguna dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam kempen ini demi kesejahteraan masa depan kita,” kata Ginie Lim, Ketua Pegawai Perhubungan Awam Kerajaan Negeri Selangor.

Sejak kempen ini dilancarkan oleh Exco Hal Ehwal Pengguna, Pelancongan dan Alam Sekitar, YB Elizabeth Wong pada 20 Disember lalu, jumlah syarikat di dalam Selangor yang menyertai kempen ini telah meningkat kepada 15 buah.

Antara syarikat besar yang menyertai kempen tersebut ialah AEON Jusco, 99 Speedmart, Parkson, Guardian Pharmacy, IKEA, The Store, Econsave, Vitacare Pharmacy, 7 Eleven, Carrefour, Giant, Watsons, Sunway Pyramid, One-Utama dan SACC.

Kempen ini akan dijalankan selama beberapa bulan buat peringkat awal dan kesannya akan dinilai bagi mempertimbangkan samada perlu meneruskan hari kempen tersebut di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

Kerajaan Negeri juga akan mengadakan program kesedaran dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap kempen ini, antaranya lawatan Exco Selangor Elizabeth Wong sendiri ke pasaraya-pasaraya untuk berjumpa dengan orang ramai.